Sunday, August 5, 2012

..kahwin muda..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hehe malam ni c0meyy nak buat cite panas sikit,, duk kelebek2 k0rek2 artikel orang lain.. terjumpa la satu entri pasal nikah muda ni.. 
aiii... isu panas yang sering melanda pada remaja2 dan orang muda sekarang.. kalau dulu isu ni dah jadi perkara biasa kat tok-tok,, tokki-tokki,,  moyang kite..  tapi zaman serba canggih ni.. ramai tak yang berani nak sahut cabaran ni...?

pada rakan2 kat luar sane yang ada keinginan nak kahwin muda,, jangan pendamkan niat suci anda tu.. kerana terlalu banyak manfaat dan kebaikan bile kite kawin muda ni.. tetapi harus INGAT keburukan pun banyak.. 

c0meyy nak cite pasal kebaikan dulu.. ada beberapa kebaikan bile kahwin awal ni..

Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kite untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin. kahwin awal ni juge diantara sunnah Rasulullah s.a.w..

Firman Allah : Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha mengetahui.. ( an-nur :32)

sabda Nabi :  " perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak menyukai aku. "

comeyy tak nak ulas banyak mengenai ni.. cukuplah sekadar kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah..


Mengelak daripada Zina
Allah s.w.t ada berfirman    " ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشتا وساء سبيلا " 
" janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnye zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk... "

apa yang c0meyy cuba nak bahaskan kat sini,, zina ni banyak bentuk nye,, ada zina mata,, zina hati,, zina tangan dan macam2 laa. dan zina yang paling besar sekali ialah zina melalui hubungan intim bersama..
hati manusia ni rapuh, jika tiada iman yang tinggi dalam diri. hati mane yang boleh tahan dengan godaan duniawi yang sangat mencabar hari ni. teknologi yang ada semakin hari semakin menghancurkan nilai2 murni dalam diri manusia..
cuba kite tengok anak muda sekarang,, henset 24 jam ditangan.. sms tak henti2,, bergayut tak putus2,, berpegang tangan, dating sana dating sini... pakaian pulak (orang p0mpuan) Masyaallah terlalu menjolok mata..  bukan ke semua ni dapat membangkitkan nafsu..???
dan AKHIRNYA terjerumus dalam lembah zina.. maka berlaku lah pembuangan bayi dimerata-rata.. Astaghfirullah Azim....

hemm nak cakap bab zina ni terlalu panjang.. c0meyy nak masuk yang ketiga pulak la

Menimbulkan rasa Tenang dalam Jiwa
kahwin awal dapat memberikan ketenangan jiwa dan kita tidak akan lagi berasa sunyi.. kalau salah seorang daripada kite mempunyai masalah. kite ada orang tuk meluahkan cerita, saling memberi nasihat dan macam2 la.. bayangkan bila kite dah kahwin,, kite boleh buat pelbagai aktiviti dengan pasangan kite tanpa berasa takut dan bersalah.. ini kerana kite HALAL bersamanya.. Allah akan mencapakkan rasa ketenangan itu bila kite mengikut landasanNya..

Fikiran lebih Matang
berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang ambing kepada lebih berwawasan. tiada lagi mase nak lepak dengan kawan-kawan,, nak mengadap fesbook 24 jam,, tetapi digantikan dengan perkara yang berfaedah..


abis sudah cakap pasal kelebihan kahwin awal.. sebenarnye terlalu banyak kelebihan kahwin ni..
comeyy bagi sikit2 je
kalau nak tahu lebih lanjut lagi
tanye doktor google,, insyaallah ye dapat membantu..hehe


tetapi kahwin muda ada jugak masalahnye.. antaranye..

Faktor Kewangan
"macam mane nak kahwin kalau belajar pun tak habis lagi,, kau nak tanggung anak bini makan ape nanti..? "
ni la ayat yang biasa kite dengar kalau orang nak kahwin muda.. betul tak...???

tapi jangan risau sebenarnye kahwin ni secara tidak langsung makin murah rezekinye.. apa yang penting jangan putus berharap dengan Allah taala..
sabda Rasulullah s.a.w : " Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya. Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya dan Orang yang berperang di jalan Allah. "

Ibu Bapa
kadang-kadang ada mak ayah yang tak membenarkan anak2 mereka kahwin cepat. sebab tengah belajar lagi,, tak kerja lagi.. dan macam2 la..
tapi bagi sape2 yang nak kahwin awal tu,, bincang baik-baik dengan mereka.. mereka bukan ape,,cume bimbang kalau2 anak nye tak mampu memberi kebahagian pada pasangan kite. fahamkan mereka tentang sunnah Rasulullah ni..

ILmu
ilmu ni penting sebagai persediaan diri.. kahwin2 jugak,, kalu xde ilmu dalam diri,, susah tuu.. ilmu ni tak semestinye kena pergi sekolah.. nak tengok youtube ust Azhar pun ilmu.. ni k0rang duk bace ni pun ilmu.. jadi selagi ada waktu lapang.. cuba cari ilmu sebanyak2nye..

jadi bagi mereka yang sudah berSEDIA untuk kahwin.. go on..!!  jangan tangguh-tangguh...
tapi pesanan comeyy..

buat kaum hawa..
           tanye diri anda.. bersediakah kamu untuk menjalankan tugas sebagai isteri,, taat dan patuh pada suami dan menjadi ibu kepada anak2mu..? ingat syurgamu ditelapak kaki suamimu.. jangan pernah menyakiti hati suamimu..

dan buat kaum adam..
           tanye diri anda.. bersediakah kamu untuk menjadi suami,, menjadi imam dan tulang belakang seorang perempuan yang kamu cintai..? menjadi ketua keluarga... memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang besar.. ??



bila sudah sedia,, berkahwinlah..!!
semoga kamu memperoleh bahagia, dunia dan akhirat, bersama si dia yang kamu cintai..



Alhamdulillah,, akhirnye siap jugak malam ni.. 
apa yang dibincangkan diatas adalah tuk sama2 kite muhasabah diri 
dan bagi yang belum kahwin,, ingatlah kahwin tu mudah sebenarnya.. 
cuma kite perlu persiapkan diri dengan ilmu dan sifat sabar dalam diri..
renung2 kan dan selamat beramal..
nurr c0meyy.blogspot

sebelum tu comeyy nak bagi dengar ni dulu.. kuliah ustaz azhar idrus.. sem0ge menjadi iktibar buat kite semua..


ok,, setakat ni dulu.. ada salah silap tegur ye... (",)
selamat pagi...


No comments:

Post a Comment