Read more...
Sunday, December 25, 2011
Sedarkah kita Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Hampir Lengkap Sempurna!!
Read more...
hari ini
>> jodoh milik ALLAH,, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah <<
bilakah masenye....?? (^_^)
Read more...
Tuesday, November 8, 2011
cintaku...
sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu..benar, semangatku kembli pulih apabila mengagumimu.. hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu.. tazkirah-tazkirah darimu, aku ingat sentiasa dalam kotak memoriku.. satu PENGAKUAN, aku mengagumimu.. tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaanku padamu...
Read more...
Wednesday, September 7, 2011
✿◕ ‿ ◕✿..ALLAH CEMBURU..✿◕ ‿ ◕✿
¸.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan nya?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?
Errkkk..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....
(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥
Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.
Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..
___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...SubhanALLAH..Ini Sungguh INDAH..
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*
Read more...
Tuesday, August 30, 2011
bce laRhhh...!!!!
Read more...
Thursday, August 25, 2011
oH duhai hati...
Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.
Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.
Read more...
9 Siti patut dijadikan contoh,bukan siti nurhaliza or siti sarah yerrr~:)
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
<!-- more -->
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah
7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Read more...
~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~
.........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~
.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\...❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari suami?"
bab nak mencari bakal suami ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi?
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
Read more...
muhasabah
Read more...
Wednesday, August 24, 2011
mutiara kata cinta
mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah terbuka untuk kita.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalamair begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah jugasetelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulaimenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamumeninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenanganbersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...
Read more...
luahan hati
Read more...
MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Read more...