Wednesday, February 24, 2016

WowApp masyukkk...

JOIN 100% FREE ... CHATTING DAPAT $. CHAT LEBIH... DAPAT LEBIH $$$$.

Sertai Revolusi Dunia Terbesar dalam Industri Messenger App. Anda Dapat Duit Hanya Menggunakan App untuk Chatting, Audio / Video. Hanya menyertai...install app....dan mula dapat duit.

https://wowapp.com/w/eisyah20

1• Utk mula daftar sila klik/taip link di atas pd web browser Appstore/Playstore wowapp
2• Setelah klik link tersebut, anda akan lihat nama saya, & anda klik button join yg disertai dgn nama saya.
3• Akan keluar borang pendaftaran pengguna WowApp, sila buat pendaftaran dgn nama yg betul & emel yg aktif (peringatan: emel penting utk masa depan, ini merupakan program yg jana income seumur hidup.
4• Masukkan nombor telefon yg selalu aktif & internetnya sentiasa aktif. Selepas daftar, akan sampai mesej ke telefon anda 4 digit.
5• Anda masukkan 4 digit yg diberi, & pendaftaran anda telah berjaya.
6• Setelah selesai, kongsikanlah apps ini kpd kenalan anda. makin ramai kenalan yg join pendaftaran WowApp melalui link anda makin bertambah koin yg boleh ditukar nilai wang melalui sistem cash out secara elektronik.
7• Setiap profil yg anda dapat, anda dpt income....cuba dulu..!!! Hanya menyertai...install app....dan mula dapat duit.

#TakCubaTakTahu
#Bismillah
Read more...

Monday, December 15, 2014

baby girl... yeay...!!

Alhamdulillah,, syukur nikmatmu.. selamat melahirkan baby comel n montel...

14/12/14 cantik tak tarikh...?
hari Ahad,,, sama dgn hari lahir mama thn 1991 dlu... 😂


Nama.............
insyaallah hari ke7 diisytiharkan...!! Hehe

#OkBye...!
Read more...

Monday, November 3, 2014

Ayah Hero dan Pahlawanku

..Al-Fatihah buat ayahnda Jusoh Bin Taib..

24/05/1946 - 02/11/2014

Allahummaghfirlahu warhamhu, Allahummaghfirli zunubi waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.... amin..
Read more...

Monday, October 28, 2013

cerita pitih syiling

duit syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen, melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam p0ketnya. dia menyambung semula kerjanya. sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. tiada siapa yang berdekatan dengan nya. sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

tidak lama kemudian, lelaki tu ternampak lagi duit syling berdekatan dengannya. pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku..!" kata lelaki itu dalam hati..

lelaki itu tidak sedar, duit syiling tu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras atas bangunan separuh siap yang mereka bina itu. sebenarnya, ketuannya mahu memanggilnya. puas ketuanya menjerit dari atas, cuba memanggil lelaki tu yang berada di bawa. namun, jeritan tu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi mesin pembinaan di kawasan tersebut.

kerana tu lah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. sayangnya, sehingga habis duit syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah, beberapa kali batu itu terkena badan lelaki tu. setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba memanggilnya.


Sahabat ku semua..
Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. tuhan menjatuhkan syiling itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak keatas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaaNya.
tetapi...
acap kali kita lalai untuk mendongak ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa ucapan syukur. seperti kisah ketua dan pekerja tadi. Apabila jatuhan "syiling" tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula "serpihan batu" yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..

# sem0ga cerita dan kisah diatas boleh menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua. Ingat lah Allah di waktu senang dan susah. ^__^

c0py paste



Read more...

Monday, September 2, 2013

Hasrat Ayah & Mak ke Mekkah. Sem0ga Hajat Ayah & Mak Tercapai.

Allahurabbi . .
sayunya hati nie . .

semangatnye ayah dan mak nak dapat menantu baru.. senyum memanjang dua tiga hari nie.. Alhamdulillah..
tapi dibalik senyuman ayah terukir secalit kesedihan bila lihat siaran TV tentang Haji.

yela.. mana tak sedihnye. dah bertahun-tahun ayah tunggu panggilan untuk ke Mekkah. tahun lepas siap buat rayuan lagi. tapi sepi.. ayah & mak hanya mampu melihat dari kaca televisyen je..

tadi aku ada dengar ayah cakap dengan mak.
mak : bakpe abg wak keluar duit banyak sangat. kan kite nak g mekkah?
ayah : hemm ada peluang lagi ke nak gi..? bertahun2 dah tunggu.. tahun ni memang comfirm dah tak boleh gi. nak tunggu tahun depan, kut2 mati dulu.

Sebak aku dengar.. ayah tahun depan dah nak masuk 68 tahun dah.. mak pulak 64 tahun.
Allah . . .
m0ge ayah dan mak dipanjangkan usia serta dipermudahkan urusan mereka..

" Ya Allah,, kau makbulkan lah hajat kedua ibu bapa ku.. Engkau permudahkanlah jalan mereka untuk ke sana.. tiada apa yang aku inginkan melainkan melihat mereka sentiasa gembira dan tersenyum.. "

Jika ada ahli Lembaga Tabung Haji yang membaca p0st ni. tolong bantu ayah & mak saya.. Please..!
Read more...

Saturday, August 31, 2013

Motor ohh Motor

kerana motor berlaku perselisihan pandangan orang terhadap aku..

hari tu sebelum aku balik malaysia.. aku ada la AMANAH kan seseorang jagakan motor kami (aku dan en.husben). tapi lain pulak jadinya..

disebabkan kesalafahaman motor ni kawan-kawan aku pandang serong kat aku. cakap macam-macam kat belakang. sedih la jugak kan..

sumpah memang aku tak tahu yang kunci motor kami masih ada di aceh.. sebab memang sebelum balik hari tu aku amanah kan orang suh wak balik kunci tu.. jadi bile orang tanya sal motor, aku jawab la kunci ada kat malaysia.. rupanya lain pulak jadinya.. lagi pulak tanpa pengetahuan aku..

dah guna baru bagitau, aku cuba la tanya balik pada pemegang amanah aku tu.. dia cakap " sorry akak,, lupa nak oyap kunci2 sume saya tinggal ngan kak sha ritu,. sorry eak.."

Allahurabbi.. pulak tu aku tak tahu yang kawan aku h0k nak pinjam motor ni tengah sakit...??
apa perasaan k0rang bila duk tempat aku..

rasa bersalah sangat-sangat.
______________________________________



Read more...

Friday, August 30, 2013

cerita hari ini 29/8/2013

hahaha..
cerita lucu hari ini..

ada ke patut orang tertukar tarikh nak datang majlis aku.. kite dah event dah and siap edar kad lagi.. ada lagi yang tersilap tarikh.. hihi..
bukan s0rang, bukan dua.. tapi ramai woo...

mane tak tertukarnye 29 Ogos dengan 29 Syawal jatuh hari yang sama.. hari KHAMIS.. aduiilaaa.. lucu-lucu..

tapi...

dalam suka pasti ada dukanya..
hari ni pak saudaraku dah meninggalkan kami semua.. Allah lebih menyayanginya.. dia pergi dalam keadaan tenang insyallah,, dan hari yang baik.. malam jumaat.. aku teringat satu hadis tentang orang yang meninggal malam jumaat atau hari jumaat ni.

Diriwayatkan dari Imam at-Tarmizi : " Sabda Nabi SAW: tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.."

Allahurabbi,, m0ge r0h ayahl0ng bersama orang2 yang s0leh..

sedih aku teng0k ayah l0ng siang tadi kat spital,, 98% diri dia bergantung pada mesin je. memang dah takder cara lain nak ubati dia..

ayahl0ng ni sebelum meninggal, dia excident kat pasar Manir, tak silap nye 23 ramadhan.. tujuan dia nak beli juadah untuk berbuka.. nak buat macam mana takdir dia hari tu excident.. takdelah luka parah sangat anggota luar ayahl0ng ni.. tapi dapat detek ada darah beku kat bawah tempurung kepala dia. pastu buat la operation nak buang darah beku tu.. dah settle bab tu, doktor minta tebuk tekak pulak tuk bagi minuman kat ayahl0ng,, sebab ayahl0ng dalam kondisi koma kan..

dah tebuk tekak,, tebuk pulak perut.. yang ni tak pasti apa tujuannya.. wayar kat tubuh dia tu,, memang banyak giler la..  tapi ayah l0ng still tak berubah,, makin hari makin tenat.. akhirnya malam ni dia dah pergi buat selama2nya..

sebelum dua hari xcident tu,, ayah l0ng baru je balik dari menunaikan umrah.. ayahl0ng ni anak sul0ng dari 9 adik beradik ayah..
1. ayahl0ng
2. m0kngah
3. m0kteh lah
4. ayah
5. pakcik mat harun
6. ayah mb0ng
7. mok wook
8. p0kteh
9. m0ksu

ayah pula, tau jela ayah ni sensitif sikit orangnye.. cepat je sebak dan bergenang air mata dia.. macam aku.. opss... hehe..
ok kembali citer ayah, sejak ayahl0ng masuk spital,, ayah la sibuk ulang alek dari umah ke h0spital.. walaupun tiap kali pilihan raya dua beradik ni tak pernah sehaluan.. yang s0rang JKKK tegar yang s0rang lagi peny0k0ng tegar PAS.. tapi kasih seorang adik pada abangnya tak pernah luntur..

ayah ada sakit jantung tahap kedua.. mana-mana ayah pergi wajib ada spare ubat tu. kalu tak susah sikit.. kadang-kadang aku bimbang jugak ayah ni.. em0si ayah kena stabil.. tak b0leh sebak2 sangat.. letih sangat.. atau buat kerja2 berat.. nanti bagi effect kat jantung dia.. ikutkan ayah dah kena buat operation dua bulan lepas, tapi ayah postpone dulu.. nak cuba berubat kampung dulu.. tapi satu lah ayah ni.. ROKOK..!! memang tak lepas dari mulut dia klu m0k takde.. klu mak ada.. comfirm semua ahli rumah kena tadah telinga.. hehehe..



Read more...

Tuesday, August 27, 2013

diary 27/8/2013

Alhamdulillah . .
persiapan kawen ku hampir 60% dah settle..
tadi baru je ambik baju akad nikah.. wahh macam x percaye je aku nak pakai baju tu nanti.. yang jadi terharunya mak pulak bersungguh2 nak bagi anak bongsu dia ni cantik macam permaisuri.. siap nak suh pakai mahkota lagi..

semakin hari semakin berdebar pulak hati nie.. dup dap dup dap jantung ni.. yela.. kawen bukan mnde mainan kan.. tanggungjawab yang besar nk pikul nanti.. hari ni aku jadi anak dara, minggu depan jadi isteri orang, tahun depan jadi mak orang.. opss terlalu awal la. hahaha..

tapi aku perasan sejak akhir-akhir ni muka ayah sedih je.. mak kata "ayah sayang nak lepaskan adik.. lepas kawen adik dah jadi tanggungjawab suami adik, bukan bawah ayah lagi.. ayah bimbang suami adik nanti boleh jaga tak adik macam ayah jaga.." sayang sungguh ayah kat aku..

yela apa tak nye.. mase duk oversea hari tu.. (oversea la sangat kan..huhu) sanggup perabih kredit duk call aku tiap-tiap hari,, bahkan aku duk kat KUDQI hari tu pun ayah nak jumpe hari-hari.. siap bawa bekal nasi lagi tuk anak kesayangan dia ni.. hehe

aku adalah jugak tanya kawan-kawan yang dah berpengalaman dalam bidang kawen ni.. huhu..
ada yang cakap biasa je.. macam main kawen-kawen. ada yang cakap best,, ada yang cakap klu tahu nikmat kawen ni umur 10 tahun dah nak kawen.. tak l0gik kan.. hahaha..
tapi
hakikatnye semua kawan-kawan aku kata kawen ni seronok.. aihh berdebooo... tu je yang aku tahu... m0ge Allah permudahkan segalanya... amin..

adik sayang mak ayah... ^_^
Read more...