Monday, October 28, 2013

cerita pitih syiling

duit syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen, melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam p0ketnya. dia menyambung semula kerjanya. sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. tiada siapa yang berdekatan dengan nya. sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

tidak lama kemudian, lelaki tu ternampak lagi duit syling berdekatan dengannya. pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku..!" kata lelaki itu dalam hati..

lelaki itu tidak sedar, duit syiling tu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras atas bangunan separuh siap yang mereka bina itu. sebenarnya, ketuannya mahu memanggilnya. puas ketuanya menjerit dari atas, cuba memanggil lelaki tu yang berada di bawa. namun, jeritan tu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi mesin pembinaan di kawasan tersebut.

kerana tu lah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. sayangnya, sehingga habis duit syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah, beberapa kali batu itu terkena badan lelaki tu. setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba memanggilnya.


Sahabat ku semua..
Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. tuhan menjatuhkan syiling itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak keatas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaaNya.
tetapi...
acap kali kita lalai untuk mendongak ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa ucapan syukur. seperti kisah ketua dan pekerja tadi. Apabila jatuhan "syiling" tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula "serpihan batu" yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..

# sem0ga cerita dan kisah diatas boleh menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua. Ingat lah Allah di waktu senang dan susah. ^__^

c0py paste



Read more...