Wednesday, October 31, 2012

wanita solehah

wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini.

keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..

bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hato itu bersih untuk menilai.

wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.

wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, bersyukurlah diatas apa yang ada, serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

salam perjuangan buat sahabatku... wanita...



Read more...

Saturday, October 20, 2012

mak ayah...

Ya Allah pelbagai rase sedang aku rasa sekarang ini.. tapi aku teramat sedih sangat-sangat.. tak tertanggung rasa rindu ku pada mak dan ayah..
lebaran aidiladha dah tak lama lagi.. first time aku beraya tanpa keluarga disisi..  kuatkanlah hati ini..

mak ayah adik rinduuuu sangat... adik memerlukan mak masa sekarang ni.. walaupun adik cuba menyibukkan diri adik dengan assaigment yang bertimbun-timbun.. tapi hati ni x tenteram.. adik nak jumpe mak ayah.. banyak mende adik nak cite kat mok.. :(



Read more...

(>_<)

Ya Allah . . .
dalam kepala ni fikir nak balik Malaysia cepat-cepat je... nak belajar sungguh-sungguh,, nak kutip ilmu banyak-banyak..

tapi.....
kena bahagikan masa dengan sebaiknya.. tak boleh nak main-main lagi..
apa tak nye,, ada 30 subjek yang kena belajar... tak termasuk yang kena repeat lagi.. sempat ke setahun setengah nak habiskan mata kuliah kat sini.. Ya Allah...

anggaran kasar aku

# sem ganjil     = 11 mata kuliah
# short sem I   = 6 mata kuliah
# sem genap    = 10 mata kuliah
# short sem II  = 4 mata kuliah

repeat....??? aduss...!!

skripsi (tesis) lagi.. pr0p0sal pun xtau nak mula dari mne.... رب يسر ولا تعسر

 "رب اشرح لي صدري ويسرلى امرى واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولى"




Read more...