Thursday, January 10, 2013

selamat hari lahir Tok Guru Nik Abdul Aziz

10 January 1931...
merupakan hari yang bersejarah di Malaysia, yang mana lahirnya seorang ulama dan pejuang agama Allah. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.. beliau amat disanjung tinggi oleh pencinta ilmu dan pencinta agama.. bahkan beliau juga tidak terlepas dari ancaman dan maki hamun dari pencacai-pencacai yang tidak menerima Islam di dalam hatinya..

hari ini tanggal 10 January 2013 genap umur tok guru 82 tahun..

selama usia nya, beliau banyak berbakti pada islam serta tanah airnya,, cuba untuk menjadi seorang khalifah yang melaksanakan segala amanah yang diamanahkan oleh Allah Taala untuk hambanya. .  cuba untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi Malaysia. . berlawan habis-habis an untuk melaksanakan hukum Allah.

walau pun keadaan tok guru sekarang uzur,, semangat beliau
untuk menjadikan Malaysia negara yang melaksanakan syariat Islam tetap segar dan  hebat di dalam dirinya.. aku amat menyangjungi semangat beliau,, bahkan aku mengagumi segala curahan ilmu yang disampaikan oleh beliau..

Di hari ulang tahun kelahiran Tok Guru hari ini,, aku berdoa dan berharap
semoga tok guru di panjangkan usia nya,, kerana kami masih memerlukan tok Guru...
semoga tok guru di berikan kesihatan yang baik..
semoga tok guru di berikan kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh lawan dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia. .
semoga Allah merahmati dan melindungi tok Guru,, kerana tok Guru merupakan inspirasi dan pewira dalam diriku...

insyaallah.. aku akan cuba membuat tesis mengenai tafsir tok Guru Nik Abdul Aziz suatu hari nanti.. untuk menyingkap dan mencungkil rahsia serta bakat yang ada pada tok guru.. tok guru,, doakan saya . .

No comments:

Post a Comment