Sedarkah KITA...???
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah
kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga.
Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada
mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah
bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih
Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan
perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan
dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam
tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda
telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali
menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam
supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi
rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak
akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat
Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan
mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” –
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang
kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.
Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan
terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang,
terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan
yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari
arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw.
dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di
saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang
akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan
orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan
membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang
akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar
yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia
tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan
terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi
menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
Turunnya Nabi Isa
alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam
Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib
yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
Keluarnya bangsa
Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu
apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur
tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di
Timur.
Gempa bumi di
Barat.
Gempa bumi di
Semenanjung Arab.
Api besar yang
akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah
negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab
Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang
terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal
adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi
dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).
Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan
tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang
mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat
itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari
yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
masyaallah... kebanyakkanye dh berlaku pd hr ni..
ReplyDeletebetol tu, kte j xambil thu, tkut nye..
ReplyDelete