Sunday, August 5, 2012

..kahwin muda..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hehe malam ni c0meyy nak buat cite panas sikit,, duk kelebek2 k0rek2 artikel orang lain.. terjumpa la satu entri pasal nikah muda ni.. 
aiii... isu panas yang sering melanda pada remaja2 dan orang muda sekarang.. kalau dulu isu ni dah jadi perkara biasa kat tok-tok,, tokki-tokki,,  moyang kite..  tapi zaman serba canggih ni.. ramai tak yang berani nak sahut cabaran ni...?

pada rakan2 kat luar sane yang ada keinginan nak kahwin muda,, jangan pendamkan niat suci anda tu.. kerana terlalu banyak manfaat dan kebaikan bile kite kawin muda ni.. tetapi harus INGAT keburukan pun banyak.. 

c0meyy nak cite pasal kebaikan dulu.. ada beberapa kebaikan bile kahwin awal ni..

Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kite untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin. kahwin awal ni juge diantara sunnah Rasulullah s.a.w..

Firman Allah : Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha mengetahui.. ( an-nur :32)

sabda Nabi :  " perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak menyukai aku. "

comeyy tak nak ulas banyak mengenai ni.. cukuplah sekadar kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah..


Mengelak daripada Zina
Allah s.w.t ada berfirman    " ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشتا وساء سبيلا " 
" janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnye zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk... "

apa yang c0meyy cuba nak bahaskan kat sini,, zina ni banyak bentuk nye,, ada zina mata,, zina hati,, zina tangan dan macam2 laa. dan zina yang paling besar sekali ialah zina melalui hubungan intim bersama..
hati manusia ni rapuh, jika tiada iman yang tinggi dalam diri. hati mane yang boleh tahan dengan godaan duniawi yang sangat mencabar hari ni. teknologi yang ada semakin hari semakin menghancurkan nilai2 murni dalam diri manusia..
cuba kite tengok anak muda sekarang,, henset 24 jam ditangan.. sms tak henti2,, bergayut tak putus2,, berpegang tangan, dating sana dating sini... pakaian pulak (orang p0mpuan) Masyaallah terlalu menjolok mata..  bukan ke semua ni dapat membangkitkan nafsu..???
dan AKHIRNYA terjerumus dalam lembah zina.. maka berlaku lah pembuangan bayi dimerata-rata.. Astaghfirullah Azim....

hemm nak cakap bab zina ni terlalu panjang.. c0meyy nak masuk yang ketiga pulak la

Menimbulkan rasa Tenang dalam Jiwa
kahwin awal dapat memberikan ketenangan jiwa dan kita tidak akan lagi berasa sunyi.. kalau salah seorang daripada kite mempunyai masalah. kite ada orang tuk meluahkan cerita, saling memberi nasihat dan macam2 la.. bayangkan bila kite dah kahwin,, kite boleh buat pelbagai aktiviti dengan pasangan kite tanpa berasa takut dan bersalah.. ini kerana kite HALAL bersamanya.. Allah akan mencapakkan rasa ketenangan itu bila kite mengikut landasanNya..

Fikiran lebih Matang
berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang ambing kepada lebih berwawasan. tiada lagi mase nak lepak dengan kawan-kawan,, nak mengadap fesbook 24 jam,, tetapi digantikan dengan perkara yang berfaedah..


abis sudah cakap pasal kelebihan kahwin awal.. sebenarnye terlalu banyak kelebihan kahwin ni..
comeyy bagi sikit2 je
kalau nak tahu lebih lanjut lagi
tanye doktor google,, insyaallah ye dapat membantu..hehe


tetapi kahwin muda ada jugak masalahnye.. antaranye..

Faktor Kewangan
"macam mane nak kahwin kalau belajar pun tak habis lagi,, kau nak tanggung anak bini makan ape nanti..? "
ni la ayat yang biasa kite dengar kalau orang nak kahwin muda.. betul tak...???

tapi jangan risau sebenarnye kahwin ni secara tidak langsung makin murah rezekinye.. apa yang penting jangan putus berharap dengan Allah taala..
sabda Rasulullah s.a.w : " Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya. Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya dan Orang yang berperang di jalan Allah. "

Ibu Bapa
kadang-kadang ada mak ayah yang tak membenarkan anak2 mereka kahwin cepat. sebab tengah belajar lagi,, tak kerja lagi.. dan macam2 la..
tapi bagi sape2 yang nak kahwin awal tu,, bincang baik-baik dengan mereka.. mereka bukan ape,,cume bimbang kalau2 anak nye tak mampu memberi kebahagian pada pasangan kite. fahamkan mereka tentang sunnah Rasulullah ni..

ILmu
ilmu ni penting sebagai persediaan diri.. kahwin2 jugak,, kalu xde ilmu dalam diri,, susah tuu.. ilmu ni tak semestinye kena pergi sekolah.. nak tengok youtube ust Azhar pun ilmu.. ni k0rang duk bace ni pun ilmu.. jadi selagi ada waktu lapang.. cuba cari ilmu sebanyak2nye..

jadi bagi mereka yang sudah berSEDIA untuk kahwin.. go on..!!  jangan tangguh-tangguh...
tapi pesanan comeyy..

buat kaum hawa..
           tanye diri anda.. bersediakah kamu untuk menjalankan tugas sebagai isteri,, taat dan patuh pada suami dan menjadi ibu kepada anak2mu..? ingat syurgamu ditelapak kaki suamimu.. jangan pernah menyakiti hati suamimu..

dan buat kaum adam..
           tanye diri anda.. bersediakah kamu untuk menjadi suami,, menjadi imam dan tulang belakang seorang perempuan yang kamu cintai..? menjadi ketua keluarga... memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang besar.. ??



bila sudah sedia,, berkahwinlah..!!
semoga kamu memperoleh bahagia, dunia dan akhirat, bersama si dia yang kamu cintai..



Alhamdulillah,, akhirnye siap jugak malam ni.. 
apa yang dibincangkan diatas adalah tuk sama2 kite muhasabah diri 
dan bagi yang belum kahwin,, ingatlah kahwin tu mudah sebenarnya.. 
cuma kite perlu persiapkan diri dengan ilmu dan sifat sabar dalam diri..
renung2 kan dan selamat beramal..
nurr c0meyy.blogspot

sebelum tu comeyy nak bagi dengar ni dulu.. kuliah ustaz azhar idrus.. sem0ge menjadi iktibar buat kite semua..


ok,, setakat ni dulu.. ada salah silap tegur ye... (",)
selamat pagi...



Read more...

Friday, August 3, 2012

perlu ke cinta sebelum nikah??

assalamualaikum dan salam hari jumaat..

pernah dengar tak ungkapan ni..
"jodoh itu memang milik Allah, tetapi tidak akan datang kalau tidak dicari"

ini biasa diungkapkan oleh sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalalkan percintaan.. katanye, zaman moden, mana ada dah ibu bapa tolong carikan. tak syok la.. hehe

memang betul, jodoh perlu dicari tetapi bukan dengan cara mencarinya dimana mana, tapi carilah JODOH dalam IBADAH kite. tak perlu lah nak bercinta-cintan ni.. ibadah pun xberapa kemas / mantop lagi, sibuk nak cari orang.. YAKIN PADA ALLAH..

nak dapatkan jodoh yang baik, soleh, solehah, segera, banyakkan berdoa padaNya.. itulah JALANNYA..
Allah sukakan hambanya yang banyak meminta padaNya..

" Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezekiku, pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh, yang dapat membimbing aku ke JANNAH MU.."

haaa tu baru betul.. minta dengan Allah.. bercinta, bersama bertahun-tahun kalu tak ada jodoh, xde keyakinan pada Allah tak guna gak, abiskan masa je..

cuba ajar diri sendiri dan jadikan diri sendiri penuh dengan sifat yang disukai Allah, yakinlah.. setiap orang Allah dah tetapkan pasangan masing-masing..
sejak kite diciptakan lagi,,Allah dah catatkan di luh mahfuz.. rezeki kite,, jodoh kite,, ajal kite.. apa yang perlu kite lakukan sekarang adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dalam hidup.

berapa orang berani jamin, hari ini dia bercinta dengan seseorang tu, gerenti orang tu bakal jadi suami / isterinye kelak?
fuhhhh.... pengalaman saya sendiri, bercinta.. bersama.. bagai nak rakk (ayat orang ganu) rancang tu,, rancang ni, tapi last-last tupp-tupp tak jadi g0p.. tengok! kite duk sibuk nak tetapkan jodoh sendiri. padahal urusan jodoh ni bukan kerja kite.. tapi KERJA ALLAH..

dan sape JAMIN, semasa bercinta dia mampu jauhi zina..? jauhi kemurkaan Allah..? boleh jamin tak..

dan kesian la pada bakal suami/isteri kite ekgi, oleh sebab kite ni tak yakin pada Allah, kite duk bercinta sana sini atas dasar nafsu. maka tak jadi romantik la kite,sebab tak leh la nak cakap
"abang... abg lah cinta pertama dan terakhir sayang.."
hilanglah satu detik dan saat romantik ni.. hihi

apapun YAKINLAH.. CINTA YANG HAKIKI DAN SEJATI ITU HANYALAH KEPADA ILAHI...






Read more...

j0m layan lagu sikit..




hehe.. jiwang karat sikit malam ni..

apepun.. INGAT..!!
"JANGAN BERLEBIHAN MENCINTAI SESEORANG
HINGGA
MEMBUAT KITA LUPA PADA
KEUTAMAAN
KITA UNTUK MENCINTAI
ALLAH SWT...


ingat tu.... dalam bulan ramadhan ni, same2 kite mencari
CINTA ALLAH
untuk lebih dekat denganNya. cinta dengan Allah lebih hakiki berbanding cinta dengan manusia..
jangan difikirkan untuk meng0rat dan ding0ratkan.. 
bile kite yakin dengan jodoh Allah,, ia akan hadir dengan sendirinya..

buat kaum ADAM.. 
janganlah k0rang asyik nak menganiayai wanita,,mempermainkan perasaan dengan kata2 manis dimulutmu.. sedangkan semua tu tak mampu kamu lakukan..
jangan buat wanita ini seperti baju.. bile diperlukan pakai,, bile dah jemu dibuang begitu sahaja...
dan buat kaum HAWA...
jagalah akhlakmu,, jagalah maruahmu..!! usah terpedaya dengan hasutan dunia dan nikmat cinta yang sementara.. kau amat ISTIMEWA..
ingatlah tangan wanita itu mampu menggongcang dunia.. jadilah wanita solehah.. 

~ pengalaman mengajar erti kehidupan ~

smile always.. ✿◕  ◕✿



Read more...

Wednesday, August 1, 2012

bagi hadiah baju,hubungan tak kekal..?


erm patut la orang dulu-dulu ada cakap..
"jangan bagi hadiah baju, nanti something buruk akan jadi kat relationship korang "

saya tak pasti la nak caye ke tak.. sesuatu hubungan tu tak semestinya putus disebabkan baju kan.. mesti ada something yang tak kena dalam hubungan tu..
::- tak serasi ke
::- em0sional sangat ke
::- over cemburu ke
::- terlalu mengongkong ke
::- gatal dengan orang lain ke
atau hubungan tu bukan kerana Allah...

tapi kan pengalaman saya la.. hadiah last yang ehem2 bagi kat saya dulu baju laa.. jubah dari j0rdan..  tak sempat nak pakai pun..




ni la jubah tu.. dari jordan lagi.. simple tapi agak menarik.
kain nye lembut bak baldu..

tapi semua ni dah jadi kenangan... baju tak terlibat dalam masalah ni, ni semua berkaitan dengan jodoh.
klu bagi lamborghini 2 3 bijik pun,, xde jodoh xleh nak buat ape2 dah kan..
jodoh pertemuan tu diTANGAN ALLAH..

and now.. saya xtau nak buat ape dengan baju ni..
nak pakai ke..
nak simpan ke..
nak bagi orang lain ke..
atau nak buang je..

nak pakai takut kenangan lama menjelma lagi,, nak simpan kan dalam almari aku penuh dengan baju2,, nak letak kat mne lagi..? hemm nak bagi kat orang lain sayang.. aku tak pakai pun lagi, just testing2 je.. nak buang lagi la sayang.. sebab dia pernah cakap kat aku ye IKHLAS bagi..
aduss.... kenapa semua ni harus terjadi..?? fening-fening...



Read more...

liku2 kerinduan...

selepas sahur hati ini diterjah lagi mimpi2 indah bersamanya suatu ketika dlu.. rindu ini bertamu lagi menyapa segenap sanubari diri ini,disaat sepi mencengkam hati... hemm..
segala apa yang berlaku pada kite adalah anugerah yang tak ternilai harganya. terlalu banyak hikmah dan kenikmatan yang Allah pinjamkan kepada kite untuk merasai kemanisan dalam hidup ni. tidak semua mende itu berkekalan. apa yang dipinjamkan pasti akan dipulangkan.

rindu ini tak mampu untuk diungkapkan dengan kata2.. hanya keegoaan yang membatasi diri ini.. sampai bile ego ini ingin menambat hati ni. sanggup menyakiti gumpalan darah di kamar hatiku ini..

aku percaya dia pun turut merasa apa yang aku rasa sekarang ni, hanya Allah yang berhak mengatur segala kerinduan ini. 
Ya Allah 
seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah,
kudambakan keredhaanMu ya Allah..

"kadang-kadang Allah menjauhkan seseorang itu daripada hidup kite atas sebab untuk melindungi kite.. seandainye dia benar2 tercipta untukku pasti suatu hari nanti dia akan datang kepadaku.. jadi bersabarlah duhai hati.."



Read more...

Tuesday, July 31, 2012

KALAU BERJANJI


Ada apa dengan JANJI...??


diceritakan
seorang sahabat, Abdullah bin Abdul Khansa menceritakan, dia 
pernah berjanji sesuatu dengan Rasulullah
( ketika itu Rasulullah belum diangkat menjadi nabi.)
dia berjanji untuk menyerahkan suatu barang kepada Rasulullah
di suatu tempat dan pada waktu tertentu.
Namun malangnya Abdullah terlupa mengenai 
janji pada hari itu. Hanya pada hari ketiga, baru dia teringat 
mengenai janji yang dibuat lalu bergegas ke tempat yang dijanjikan. alangkah terkejutnya
dia apabila mendapati Rasulullah masih
menunggunya di situ..

kata Rasulullah kepadanya,
"wahai anak muda, engkau telah menyakiti aku dengan janjimu
kerana aku telah berada di sini menunggumu
sejak tiga hari yang lalu."

(riwayat Abu Daud)


INGATLAH...!!
jangan berjanji dengan sesuka hati, fikir dulu sebelum berjanji..

Allah SWT telah berfirman : " Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."

Rasulullah S.A.W bersabda : " Tanda orang munafiq ada tiga ; Apabila berbicara ia dusta, APABILA BERJANJI IA MENYALAHI JANJI dan apabila dipercayai ia berkhianat."

renung2kan.. jangan berjanji klu tak tahu nak menepatinye.. .


Read more...

nak kawinnn....

hari ni bangun awal sikit lepas sahur, bile duk dengar ayam2 burung2 berkicaun. remuk hatiqu datang kembali. teringat si dia yang dah pasti bukan untukku. apa yang aku ada sekarang, mak ayah keluarga dan kawan2. tidak mengapalah mungkin Allah nak jodohkan aku dengan orang yang betul2 boleh membimbing diri ini, imam pada makmumnya dan bukan yang hanyut dalam kepalsuan. tak gitu tuan masang..hehe

nikah kahwin bukan lah satu mainan atau gurauan. bile suke amek. bile dah tak suke buang cerai gitu je. apa yang penting persiapan diri dari sudut mental fizikal ekonomi ilmu dan sebagainya. itulah yang menakutkan aku. bukan xnak kawin. tp mampu ke aku nak laksanakan tugas seorang isteri ??

ya Allah kadang2 rase jugak jeles bile dah tengok kawan2 lain yang sudah mendirikan rumah tangga,, yang bakal berumah tangga yang dah anak pun. tapi aku tak terdaya, aku terpaksa mengabaikan hasrat ku dek kerana ingin menjaga hati  orang lain...

tabahkan hatiqu,,kuatkanlah semangat ku.. 
yakinlah bila cinta ini diberi kepadaNya.. Dia akan pulangkan rase cinta yang lebih hebat dari cinta yang kite ada sekarang. yakinlah Allah itu ada,, dia Maha pemberi cinta dan dia Maha menarik cinta itu,, usah bersedih duhai hati.. banyakkan zikrullah,,moge ia bermanfaat tuk diri ini.. 
CINTA HAKIKI HANYALAH PADA ALLAH... 

Read more...